Saturday, 28 November 2009

Raya yang tak berapa lengkap tanpa rendang

hari ni dah ke tiga hari raya pon...

My Eid kat sini, bolehlaa... alhamdulillah, hari Jumaat tu takde kelas. So, lepas solat raya kat Masjid, aku beraya kat Hospital. Jeng! Jeng! Jeng!... Buat suspens jer... bukan apa, kebetulan aku ada appoinment on that day @ 11.00. So, malam sebelum raya tu, memang dah rancang tak mahu masak apa-apa...
lagipun ada invitation open house, so, lepas Check-up terus gi Open house, bawak anak2 makan... Malas sungguh.

Hidangan di pagi tersebut... NASI MINYAK. sedap!!! tapi takde makanan raya mcm ketupat, nasi impit dan rendang. So, tak pelah... sebab esok ada invitation lagi...

So, second day. Harapanku pun nak makan makanan raya, dapatlah jugak. Ada nasi impit + kuah kcg. aku mencari-cari jugak rendang... tapi takde... tapi terubat ngan mee kari yang sangat2 sedap. Najwa siap semangkuk habis. Merasalah makan kuih puteri mandi dan bubur bijik nangka... sedapnya. Bab makan, memanglah semua sedap.

So, raya ku mcm tak lengkap. esok, aku nak masak rendang daginglah... for myself + husband+ anak2.. hehe... anak2 bukan makan pon... kitorang aje... My husband request for nasi beriyani. Kalau rajin aku buatlah kot esok.

Sambil-sambil itu, aku masih menghidupkan suasana beraya kat rumah. menghidupkan 'ruh' Aidil Adha which is Bertakbir membesarkan Allah selama 3 hari. buat lepas solat.
So, Marilah kita bertakbir membesarkan Allah....

No comments:

Post a Comment