Kali ini yang menulis agak serius sikit.
Sedar atau tidak, atau orang lain memang dah sedar cuma aku sahaja yang baru tersedar, lagu-lagu nursery rhymes yang kita ajar di rumah kepada anak-anak kita sebenarnya banyak berkait rapat dengan cerita navinity.
Mungkin ada yang tak tahu nativity tu apa ke bendenya, termasuk aku... aku cuma tahu cerita kelahiran nabi Isa yang diceritakan mengikut bible, tak tahulah pulak, nama dia 'Nativity'. maklumlah aku ni lomah skit bab2 terminology nie...
Kalau ikut kisah Nativity nie, ketika Maryam melahirkan Jesus ni dikandang ditemani oleh Joseph (sebenarnya, Maryam melahirkan berseorangan: rujuk Surah Maryam) bintang menyinar di langit dan dari jauh telah kelihatan oleh penduduk tempatan. Semua tertanya-tanya apa itu...Maka diajarkan anak-anak menyanyi lagu.
'twinkle-twinkle little star'
'how I wonder what you are'
kemudian, datanglah beramai-ramai penduduk tempatan melihat bayi tersebut, kerana bayi tersebut dianggap seorang yang istimewa, maka terbitlah lagu
'bab bab black sheep have you any wool'
Yes sir three bags full,1 for my master, 1 for my dame
and 1 for the little boy who cries in the lane.
little boy ini adalah bayi tersebut...
sebenarnya... bayi tersebut sejuk: so nak mintak bulu biri selimutkan baby nie...
Bukan itu sahaja, terdapat juga 3 wise man yang menerangkan kepada penduduk tentang keistimewaan bayi tersebut. Termasuklah lagu-lagu yang lain seperti Mary had a little lamb, dan ada beberapa lagi lagu yang tak berapa popular...
Indirectlah, beginilah cara mereka menyebarkan agama mereka secara perlahan kepada anak-anak...
Padahal, di dalam Al-Quran (Surah Maryam) : Maryam melahirkan diri seorang diri di bawah pohon tamar, dan berdoa kepada Allah. Selain itu, kerana kesakitan melahirkan tersebut, Maryam redha mati melahirkan bayi tersebut, lalu datanglah Jibril membantunya... Jibril menyuruh Maryam menggoncangkan pohon tamar tempat Maryam berpaut menahan kesakitan. Maka, makanlah Maryam tamar tersebut, untuk memberi kesegaran dan kesihatan setelah penat melahirkan.... sampailah Maryam sihat semula.
Kemudian, Maryam bernazar akan mendiamkan diri sebelum keluar menemui penduduk tempatan, kerana fitnah besar akan mengatakan yang beliau berzina padahal beliau dari keturunan Nabi-nabi dan kelaurga yang baik... supaya pada ketika itu Nabi Isa yang dikendongnya akan menerangkan sendiri tentang kelahiran beliau. Note: Nabi Isa adalah antara bayi-bayi yang boleh bercakap dengan izin Allah ketika masih kecil.
(kalaulah ada lagu-lagu yang sama menceritakan peristiwa tersebut untuk dikongsi bersama. Kalau ada beritahulah saya ek)
Berlainan dengan kisah Nativity ini, di mana 3 wise man inilah yang mengatakan Isa itu Nabi a.k.a. anak tuhan. Bukan Nabi Isa sendiri berkata dari mulutnya sendiri.
Wallahualam... (rujuk Surah Maryam 19: 8-11)
Kesimpulan yang nak aku sampaikan, dalam pada kita mengajar anak-anak kita menyanyi lagu-lagu english ni, apalah salahnya juga kita ajarkan selawat-selawat serta lagu-lagu kanak-kanak yang baik dan berteladan.
Malangnya, kat Malaysia, susah nak cari lagu-lagu sebegini, sekurang-kurangnya kita boleh ajarkan lagu 'My mother or lagu-lagu Yusuf Islam' (kalau nak anak kita terror English), 25 rasul, dan kumpulan nasyid kanak-kanak yang aku tahu kat Malaysia pun TILMIZ dan ALIF, Ba, Ta. (eh.. betul ke..?). Aku cuma tahu TilMiz tu jelah... yg confirm betul sebab aku ada VCD dia...
Cuma mengharapkan Raihan akan keluar lagu untuk kanak-kanak dengan lebih banyak.
Selain ajar anak2 kita nyanyi lagu lompat si katak lompat, atau buai laju-laju... etc... (yang ini untuk bagi anak-anak pandai cakap melayu ek) hehhe...
P/S : anak-anak aku dah lupa kira 1,2,3 dalam bahasa Melayu... tengah berusaha mengajar BM kepada anak-anak semula.
K.Lela, thanks for this info..sye pun tak tau..and tak sempat nk amik tau..kisah cam ni mmg patut dikongsi..
ReplyDeletenaza, actually akak tak pernah perasan pun, tapi bila pergi sendiri tengok chrismas concert tu, baru terperasan...
ReplyDeletesekarang akak tengah berusaha membuang dari mind anak2 yang santa clause tu sgt baik sebab bagi hadiah... (padahal, hadiah tu.. collection duit dari parent, so, parent lah yang bagi hadiah, bukannya santa clause)... tapi memang salute, cikgu2 sini buat kerja halus tue..
Just share ajer...