Majlis Ta'lim 1
Saya mendapat jemputan dari guru tadika anak saya untuk sesi majlis ta'lim yang sangat-sangat saya rindui untuk menghadirinya. Kali terakhir saya berta'lim dengan mereka adalah ketika najwa berumur 6 tahun dan selepas dia tamat di tadika tersebut, saya mencari-cari majlis ilmu untuk dihadiri sampai pada hari ini. Alhamdulillah... Allah beri kelapangan masa kepada saya tanda Dia masih 'ingat' pada yang yang selalu lalai dan lupa.
Antara isi kandungan majlis ta'lim ini adalah kebaikan menghadiri majlis ilmu atau majlis yang membesarkan Allah.
1. Orang hadir di majlis ta'lim atau majlis ilmu namanya akan
disebut-sebut oleh Malaikat dihadapan Allah ketika majlis dihadapan
Allah.
2.Hijabnya dibuka oleh Allah, dan Allah akan beri hidayah dan fikir agama dalam hatinya.
3. Allah akan beri maghfirah: keampunan
4. Allah akan beri sakinah: ketenangan
5. Allah akan beri rahmah: kasih sayang/keberkatan
Adab ketika menghadiri majlis ilmu yang dipraktikkan semasa zaman rasullah (ikut sunnah) adalah:
1. Duduk rapat-rapat supaya Allah satukan hati-hati kita.
2. Dengar nasihat @hadis seolah-olah ia datang dari rasullullah (SAW) ada bersama kita dalam majlis tersebut.
3. Dengar dengan takzim, membesarkan Allah.
4. Dengar dengan tashdid: membenarkan apa yang disampikan
5. Dengar dengan sifat tawajjuh:dengar dgn terang perkara yg hendak disampaikan.
6. Dengar dengan sifat tabligh: sampaikan kepada orang lain.
7. Jangan pandang rendah kepada orang yang berucap/berkata-kata
kelebihannya lebih utama menghadiri majlis ilmu daripada menziarahi 1000 jenazah.
malaikat
akan turun dan lebarkan sayap-sayapnya di majlis ilmu, jika majlis itu
diadakan pada masa dan tempat yang sama setiap hari/setiap minggu.
Bila tengok ikut sunnah ini, adalah didikan rasullah, patutlah orang yang belajar disekolah pondok lebih suka berlajar duduk dilantai berbanding duduk di kerusi dan meja.
Tidak dinafikan, bila duduk rapat dan kepala lutut bertemu kepala lutut orang lain, auranya terasa lain.
Cara penyampaian ini amat bersahaja dan tidak memerlukan moderator yang hebat kerana hakikat ilmu yang baru-baru saya faham ( bial tengok Dr Zulkifli Al-Bakri punya ceramah bertajuk hakikat ilmu) adalah, hakikat ilmu bagi orang yang menyampaikan itu, apabila dia ada hubungan baik dengan Allah, maka dia tidak memerlukan cara-cara istimewa untuk sampaikan dakwah/peringatan sebaliknya apa yang disampaikan itu akan terus melekat pada si pendengarnya.
cth paling mudah Dr Zulfikli Al-Bakri sendiri, bila beri ceramah, tidak ada lawak2 lucu atau suara naik turun beliau, namun butiran katanya-katanya membuat kita tidak betah untuk berhenti mendengar kata-katanya yang lemah lembut dan penuh hikmah. Semoga suatu hari nanti Allah beri saya kelapangan masa untuk belajar dengan beliau.
wallahua'lam.
Saya ini insan yang lemah yang sedang mencari diri. Doakan saya dipertemukan dengan apa yang saya cari. Aminn...
No comments:
Post a Comment