Saturday, 31 March 2018

Tadabur Alam and manusia... Bukittinggi, Indonesia: layakkah aku menjawab soalan itu?

Assalamualaikum...

Pertama kali menjejak kaki ke bumi kelahiran ulamak tersohor, Buya Hamka ini terasa nyaman sekali.  Tujuan utama aku datang ke sini adalah untuk menyertai International Conference on Fundamental of Integration of Naqli and Aqli. Aku ke sini sebagai salah seorang peserta serta pembentang kertas kerja. Itulah rutin aku sebagai Pensyarah. Namun ini bukan rutin Pensyarah/Pakar Pergigian untuk hadir ke seminar yang bukan di bidang Pergigian.

Sebagai Pakar Prosthodontik, pasti seminar yang dihadiri adalah bersifat kepakaran di bidang Pergigian. Namun sebagai peneraju ilmu Naqli aqli di Fakulti Pergigian USIM, seorang yang di bidang Sains boleh juga turut berada si seminar Pengajian Islam. 😀

Kertas kerja yang aku bentangkan kali ini adalah berkaitan Aplikasi Prinsip Muhasabah di dalam Penilaian Klinikal bagi Pelajar Pergigian. (The application of the Principle of Muhasabah in clincial assessment of dental Student )


Sedikit berbeza dan janggal berada di seminar seperti ini, namun aku cuba sedaya upayaku untuk membuka minda dan hati terutama sekali apabila sesi ucaptama oleh Keynote Speaker di sebelah pagi.


Di Sebelah petang, tiba sesi pembentangan kertas kerja.


Mula terasa berdebar walaupun aku tahu audience tidaklah ramai seperti conference pergigian yang lain.


Bermula dari pembentang pertama... sehingga giliranku, pembentang terakhir.


Walaupun powerpoint presentation telah kusediakan di dalam Bahasa Inggeris, namun bagi meraikan audien dari kalangan pelajar IAIN (Institut Agama Islam Negeri) yang pastinya bidang pengajian Islam, aku meminta izin untuk membentang di

Penyerahan sijil selepas selesai sesi pembentangan


dalam Bahasa Melayu agar pelajar-pelajar ini bisa mengerti apa yang ingin aku kongsi bersama mereka di dalam seminar ini.


Selesai pembentangan, sesi soal-jawab bermula....


.

.

.


Kesemua soalan yang penonton ajukan adalah tertumpu kepada pembentangan kertas kerjaku.


.

.

.


dan soalan-soalan mereka dirasakan sukar untuk aku jawab sebagai Pakar Pergigian.


Aku insan kerdil... kurasa aku tidak layak untuk menjawab soalan-soalan ini.



1. Apa beza antara muhasabah dan taubat?


2. Tadi Doktor ada berkata, muhasabah itu akan berhasil dengan baik jika seseorang mempunyai hati yang bersih. Soalan saya, Bagaimana kita mahu tahu jika hati kita bersih atau tidak? 


3. Apakah cir-ciri seseorang yang hatinya bersih?


Syukur pada Allah yang memudahkan tutur kataku dan menghilang simpulan-simpulan pada pada lidahku.

Oo Allah, ease my word for me, loose the knot from my tongue, so that they may understand my speech.



Seusai pembentangan, aku muhasabah sendiri...





Hakikatnya, ilmu tentang Islam dan ilmu perjalanan menuju akhirat perlu dikuasai tidak kira bidang kepakaran anda sama ada anda adalah di dalam bidang pergigian atau bidang sains.

No comments:

Post a Comment