Assalamualikum...
Suatu ketika dahulu ketika saya kerap menghadiri majlis ta'lim anjuran tadika U bestari, saya ambil masa untuk menerima apa yang hendak diajarkan.
Namun, anak saya Najwa dan Naim kerap memaksa saya untuk hadir ke majlis tersebut. Jadi saya turutkan. Mulanya rasa sangat terpaksa dan berat, Lama-lama saya rela dan mula rindukan majlis ilmu tersebut. Bersyukur pada Allah kerana mengurniakan anak-anak yang kerap menarik saya dan suami ke jalan yang lurus. Terima Kasih Allah.
Antara isi penting yang diajar dan saya cuba amalkan adalah sebagi ibu kita perlu buat majlis ta'lim di rumah.
Selepas saya diajar cara-cara memulakan majlis ta'lim dan adab2 majlis ta'lim, saya beli buku himpunan hadith sebagai rujukan.
Pada mulanya, saya dan anak-anak sahaja kerana suami lebih gemar solat di masjid. Namun sampai satu masa, suami yang mengetuai ta'lim dirumah. Alhamdulillah.
Yang pasti ta'lim ringkas yang saya buat di rumah 5 minit (aje pon) selepas solat maghrib banyak mengubah kehidupan saya sekeluarga kepada lebih baik dan lebih sakinah dan mawaddah. Rezeki lebih murah dan hidup lebih tenang.
Inilah cara terbaik untuk kita renovate isi rumah kita agar sentiasa bercahaya walaupon tiada hiasan hiasan yang mahal dan rumah pun tidaklah besar mana, yang penting selesa.
Saya seru semua para ibu-ibu di luar sana, tugas ibu adalah mendidik anak-anak. Maka adakanlah ta'lim di rumah. semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment